top of page
It explains about Gabema Academy.
It shows the building where Gabema Academy Operates from.

Kami dengan bangganya memperkenalkan Gabema Academy, sebuah institusi yang berdiri sebagai satu-satunya akademi di Malaysia yang menawarkan program dan kursus komprehensif dalam bidang yang bakal mencetus industri dunia digital, melalui Teknologi Blockchain, Mata Wang Kripto, dan Kewangan Terdesentralisasi (DeFi). 

 

Dalam era inovasi teknologi yang belum pernah terjadi sebelum ini, dunia kewangan sedang mengalami suatu transformasi yang belu pernah wujud. Teknologi blockchain telah muncul sebagai satu daya “disruptive”, mengubah sistem kewangan tradisional dan membuka peluang baru. Mata wang kripto telah menjadi fenomena global, mencabar cara kita berfikir tentang wang dan urusniaga. 

 

Kewangan Terdesentralisasi, atau DeFi, merombak asas-asas perbankan dan pembiayaan, menjadikan perkhidmatan kewangan lebih mudah diakses oleh semua. Di Gabema Academy, kami mengakui potensi besar teknologi ini. Kami juga mengenalpasti keperluan utama di dalam pendidikan dan kepakaran dalam bidang ini. 

 

Dengan itu, kami mengambil inisiatif untuk menjadi institusi peneraju di Malaysia, menawarkan pelbagai program dan kursus yang dirancang dengan teliti untuk memberi daya maju kepada individu atau pelajar kami, para golongan profesional, dan bagi mereka yang berminat dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan tentang Teknologi Blockchain, Mata Wang Kripto, dan DeFi. 

 

Gabema Akademi adalah komited untuk menawarkan kecemerlangan kepada para pelajar kami, dan fakulti kami terdiri daripada pakar industri dan pimpinan daya fikir tentang Bloackhain untuk berkongsi pengetahuan dan pandangan mereka. Sama ada anda seorang pembangun teknologi  blockchain, seorang usahawan mata wang kripto, seorang profesional kewangan yang ingin memahami DeFi, atau hanya seseorang yang cuma ingin tahu tentang teknologi-transformasi ini, Gabema Academy adalah gerbang anda untuk memperoleh kepakaran yang diperlukan untuk berjaya dalam bidang yang dinamik ini. 

 

Apa yang membezakan kami bukan sahaja komitmen kami untuk menyediakan pendidikan bertaraf tertinggi, tetapi juga dedikasi kami untuk inklusiviti. Kami percaya bahawa masa depan kewangan harus diakses oleh semua, tanpa mengira latar belakang atau pengalaman. Program kami direka untuk menampung pembelajaran pada setiap peringkat.

 

Bersama kami segera, meneroka pelbagai kemungkinan blockchain, mata wang kripto, dan DeFi yang tiada batasnya. Bersama-sama, kita akan membuka dunia baru dalam inovasi kewangan. 

 

Selamat datang ke Gabema Academy, disinilah masa depan kewangan anda bermula. 

 

Terima kasih kerana turut serta di dalam pengembaraan ini bersama kami.

bottom of page